Hari ke-2 (Part 1) - Dari Hantu Kak Limah ke Mami Jarum


20 Jun 2011

Dear diary,

Sesungguhnya aktiviti mengembara ini memerlukan disiplin dan ketahanan yang tinggi sepanjang masa. Ini termasuklah kegiatan bangun di waktu pagi. Atas kesedaran itu, dengan dibantu oleh dua penggera jam telefon, aku menggagahkan diri bangun pada pukul 6 pagi dan terus mandi, seterusnya menunaikan kewajipan yang telah disyarakkan ke atas setiap manusia di muka bumi ini. Cewah!

Just cut the crap.

Setelah bersiap dan berkemas, kami meninggalkan Tokyo Hotel pada jam 7.30 pagi dan terus menyusup masuk ke kesibukan bandar Ipoh. Hari ini hari Isnin, jadi ramailah warga Ipoh bersesak-sesak menuju ke tempat kerja. Manakala kami menikmati pagi Isnin dengan gembira sekali kerana tak payah pergi kerja. Haha.

Kami bersarapan di sebuah gerai tepi jalan. Makan lontong dan nasi lemak. Biasa-biasa sahaja rasanya.

Sungai Kinta

Kami singgah ke Pasar Besar Ipoh untuk meninjau-ninjau kegiatan jual beli di situ. Kemudian kami teruskan perjalanan ke padang Ipoh di mana kata Yoe, banyak meninggalkan kenangan muda remaja kepadanya salah satunya beliau pernah menang pertandingan hari kawad kebangsaan. Bayangkan Yoe kawad dengan jalan kangkangnya. Oh ye, dia juga pernah berlawan hoki mewakili sekolahnya STAR dan beliau bermain di posisi goal keeper. Tak sangka lak aku. Ingatkan dia hanya ada skill menipu je. Huahua..


Terdapat sekawan burung merpati makan pagi di situ sekaligus memberi perasaan (dan perasan) yang kami berada di London. Aku dengan berbekalkan kamera video menuju ke arah burung merpati tersebut konon-konon nak mengambil video dari jarak dekat. Tetapi bak kata pepatah jinak-jinak si burung merpati, burung itu berterbangan meninggalkan aku terpinga-pinga, dan yang bagusnya, tak kembali dah ke situ semula. Ini menimbulkan kebengangan Yoe yang ketika itu masih terkial-kial setting kamera pinjam, sekaligus membuatkan beliau tidak dapat mengambil gambar burung merpati. Bukan salah aku, burung merpati tu emosional sangat.

Kami pun meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan burung merpati merajuk itu ke arah Medan Kidd untuk meneruskan perjalanan. Sesampainya di sana, kami melihat-lihat jadual perlepasan bas dan mendapati, kami perlu menunggu lagi satu jam untuk bas ke Kuala Kangsar. Menganggurlah kami seketika. Ada apek datang nak mintak/pau rokok. Aku tak bagi sebab aku musafir. Patutnya kaulah bagi rokok kat aku. Bangang. (Maaf tengah menulis dalam bad mood. Sebenarnya keadaan ketika itu happy-happy sahaja.)


Naik sahaja bas, aku yang terbangun awal sangat tadi terus melelapkan mata cadangnya sebentar sahaja, tapi tengok-tengok, membawak sampai ke Kuala Kangsar.

Kuala Kangsar yang aku kenali hanyalah melalui nama sebuah sekolah iaitu Malay College Kuala Kangsar atau MCKK, sebuah sekolah ternama dan menjadi rebutan pelajar lepasan UPSR. Yang lain aku kurang familiar. Maaf atas kekurangan pengetahuan. Mungkin aku pernah datang sewaktu kecil dahulu, tak ingat. Tak apa, kali ini aku bina memori baru di Kuala kangsar dengan mengunjungi Menara Jam kami yang seterusnya, Menara Jam Kuala Kangsar!


Terletak kira-kira 400 meter stesen bas Kuala Kangsar, ianya terletak di tengah bulatan dikelilingi dengan monumen lain seperti replika jet pejuang, air pancut dan phone booth ala-ala London. Jamnya masih berfungsi.



Kami berjalan sedikit menuju ke tepian sungai Perak yang terletak berhampiran menara jam tersebut. Ambil gambar sedikit sebanyak dan kemudian kembali ke arah stesen bas di mana kami singgah di pasar untuk sekali lagi meninjau keriuhan pagi di Kuala Kangsar. Seterusnya, kami meneruskan pengembaraan dengan menaiki bas ke Taiping.

Oleh kerana ketibaan kami ke Taiping agak lewat daripada apa yang kami jangkakan, kami terpaksa mengorbankan Menara Jam Taiping dan terus menaiki bas ke Parit Buntar dengan harapan dapat menaiki bas ke Butterworth. Tapi kami agak tidak ralat dengan pengorbanan tersebut kerana di Perak sahaja kami sudah mengunjungi tiga menara jam. Tiga menara jam, dua pasar, cukuplah kot untuk satu negeri.


Tiba di Parit Buntar, macam biasa, kami ke hulu ke hilir mencari bas ke Butterworth pula. Rasa tidak sabar pula hendak bertukar negeri. Adakah iklimnya sama seperti di Perak?(Macamlah tak pernah pergi Pulau Pinang). Kami dapati kami perlu menggunakan bas yang terus ke Butterworth. Entahlah, kami tidak pasti sama ada itu bas ekspress atau tidak. Rupa bentuk macam bas biasa. Tak ikut highway PLUS. Tapi bentuk tiket macam bas ekspress. Jadi kami isytiharkan yang bas itu bukan bas ekspress. Yehaa. Terus kami ambil keputusan untuk mengambil bas tersebut, tetapi kami perlu menunggu sebentar. Sementara itu kami menghabiskan masa di stesen bas dengan mengumpat kenalan kami iaitu Fahmi yang juga anak jati Parit Buntar. Beliau lahir di Titi Serong. Kelakar kan?Lahir kat atas titi.

Kelihatan beberapa orang pelancong dari negara Fiji sedang melihat-lihat tempat kelahiran Fahmi iaitu titi serong.

Tiba sahaja bas, kami pun naiklah bas itu dengan senang hati. Bas meluncur laju ke arah utara mengikut kompas imajinasi aku. Bas air cond. Naik lemau badan aku. Tak natural life langsung. Tapi tidur mimpi jugaklah aku dalam bas tu. Perjalanan mengambil masa selama hampir dua jam.

Lebih kurang jam empat lebih, kami tiba di Butterworth, Pinang (sebab belum pulau lagi ;p). Aku yang tiba-tiba dikejutkan dari tidur, kelam kabut bangun dan berjalan terus 4-5 langkah, nasib baiklah aku sempat meraba-raba sekitar poket seluar dan beg, ritual yang menjadi tabiat aku setiap kali aku bangun dari sesuatu tempat untuk memeriksa kalau-kalau ada barang tertinggal, dan menyedari kamera video tiada dalam penguasaan aku. Lalu aku memusingkan badan dan seorang wanita yang berada di belakang aku menghulurkan kamera tersebut. Adakah angel yang kedua? Mungkin. Dalam bentuk wanita pertengahan 30-an dan beranak tiga.

Turun sahaja bas, kami terlebih dahulu bertanyakan bas terakhir ke Kuala Muda supaya kami dapat merangka masa yang boleh dihabiskan di Pulau Pinang. Pukul 9 adalah bas terakhir. Jadi kami ada beberapa jam lagi. Terus sahaja kami ke jeti feri Pulau Pinang yang terletak betul-betul bersebelahan stesen bas Butterworth. Tambang sebanyak RM1.20 dikenakan dan ini merupakan kali pertama untuk Yoe menggunakan perkhidmatan feri ini.

Suasana petang melatari pelayaran kami di atas feri. Syahdu dan asyik giteww. Selepas 15 minit, kami pun tiba di jeti Weld Quay dan terus kami melangkah mengikut gambaran peta menuju ke menara jam seterusnya, menara jam peringatan Victoria de Valdes (aku tambah-tambah part de Valdes tu).

6 comments:

  1. itu titi senget.. mau jatuh dalam parit kalau lahir kat situ..

    ReplyDelete
  2. Fahmi - ko lahir titi senget ke titi serong?

    Business - nama tempat je..mcm Damansara la, pdhal sara raisudin takdela demand(daman) sangat. apa aku merepek ni.

    ReplyDelete
  3. nama tempat kelahiran aku titi serong. tapi aku lahir bukan betol-betol atas titi tu.

    ReplyDelete
  4. bawah titi lg tak munasabah..

    ReplyDelete