Berebut untuk keluaq dari feri nak pi Tanjung
Baru melangkah sedikit, kami sudah nampak kelibat sebuah menara jam. Gambar-gambar terus diambil, dan sidang video pun dilakukan. Yoe dengan rasa terujanya melaporkan melalui rakaman video menunjukkan kami sudah sampai di menara jam tersebut. Aku yang pada ketika itu sedang merakam, terlihat di skrin kamera, tulisan 'Wisma Kastam' di bawah menara jam tersebut (Yoe rabun, jadi dia tak nampak). Tapi aku teruskan merakam.
Selesai sahaja rakaman, aku menyatakan kemusykilan aku sebentar tadi. Kemudian kami rujuk semula peta dan mendapati kami tidak sampai pun lagi ke menara jam Victoria itu. Kantoi! Tersilap pulak. Malunya Yoe. Rupanya itu adalah Menara Jam Wisma Kastam. Tak mengapalah, ada extra menara jam yang tidak termasuk dalam senarai. Haha.
Jadi kami pun meneruskan perjalan di tepian kesesakan jalan raya Pulau Pinang. Mungkin time orang balik kerja kot. Sesudah perjalanan yang membasahkan baju dengan peluh, kami pun sampai di menara jam yang sebenar iaitu Menara Jam peringatan Victoria de Valdes (aku tambah-tambah part de Valdes tu). Menara jam yang dibina sempena peringatan pemerintahan Queen Victoria itu khabarnya juga condong. Aku tak perasan, dah balik baru aku dapat info.
Menara jam Wisma Kastam
Ni menara jam yang kami cari tu. Menara jam Victoria
A'ah la. Nampak condong. Ke kamera yang senget?
Kami pun teruskan perjalanan selepas berposing serba sedikit di hadapan Victoria itu menuju ke Padang Kota. Kami tidak begitu pasti lokasinya, hanya berpandukan peta. Kami tiba di sebuah medan selera dan agak tidak pasti adakah itu Padang Kota. Tapi oleh kerana kami sudah lapar sebab kami tak makan tengah hari pun lagi, jadi kami pun memesan Mee Rebus dan juga Mee Sotong berserta dengan ABC. Dalam makan-makan tu kami berbincang, ke mana arah tuju kami dan pukul berapa hendak berangkat ke jeti semula.
Setelah dibincang-bincang dan melihat sekeliling, kami seperti ada mutual understanding mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di sini kerana Pulau Pinang mempunyai banyak tempat untuk diteroka. Rugi rasanya hanya menghabiskan masa sebentar sahaja di situ. Oh lupa, Mee Rebus dan Mee Sotong diorang memang sedap! (apabila dirisik, tempat itu sebenarnya adalah Padang Kota Lama.)
Medan selera Padang Kota Lama
Mee rebus sotong Padang Kota
Setelah menikmati hidangan evening lunch, kami berjalan-jalan sekitar kawasan itu mengambil gambar bak pelancong asing yang tak pernah datang ke sini, tiba-tiba ternampak papan tanda bertulis Fort Cornwallis. Yoe pun terus masuk untuk melihat-lihat apa di dalam dan tiba-tiba keluar semula mengajak aku masuk. Rupa-rupanya terdapat monumen patung berbentuk tubuh manusia yang berdasarkan tubuh dan rupa Francis Light, si penjajah yang berjaya menjajah dengan tipu-helah. Sebelum ini sesampainya di Pulau Pinang aku sering memberitahu Yoe yang terdapat patung Francis Light terletak di sebuah bulatan di tengah bandar Georgetown tetapi aku lupa di mana. Rupa-rupanya patung tersebut sudah dipindahkan ke sini untuk tatapan umum. Sesungguhnya ini sangat membuatkan aku teruja.
Bergilir-gilir mengambil gambar dengan patung penjajah.
Fort Cornwallis ini ialah sebuah 'muzium outdoor', di mana pengunjung boleh mendapat pengetahuan bagaimana Pulau Pinang menjadi sebuah negeri lain di mana sebelum ini, ianya di bawah pemerintahan Kedah. Seperti aku katakan tadi, kesimpulannya berkisar kepada tipu-helah orang putih. Terdapat juga bangunan-bangunan lama, tembok-tembok pertahanan ala-ala A Famosa, meriam lama dan lain-lain.
Setelah lama berada di situ, kami didatangi amoi cantik Penang mali, memberitahu yang muzium ini akan ditutup sebentar lagi, iaitu pukul 7.30 petang. Lalu kami pun beredar keluar menuju ke tengah bandar untuk mencari hotel untuk bermalam.
Tiba di satu hotel, kami dapati hotel itu agak melebihi bajet RM50 kami, lalu ke hotel berhampiran iaitu Merlin Hotel, yang agak buruk sedikit dari hotel pertama. Harga yang diberitahu oleh brader receptionist ialah RM58, masih melebihi bajet kami. Tiba-tiba Yoe bersuara,"50 ringgit boleh?" Yoe cuba tawar harga pulak. Mengikut pengetahuan dan pengalaman aku, harga hotel adalah tetap dan tidak boleh ditawar. Aku hanya mampu facepalm.
Brader tersebut menjawab: "Ye la, boleh la RM50. Bagi IC, isi maklumat dalam buku log ni. Ambik kunci ni jom saya tunjuk bilik,"Sebelah kening aku terangkat, diikuti dengan tindakan pantas Yoe menghulurkan kad pengenalan sebelum brader tu berubah fikiran.
Tak pernah-pernah dalam sejarah perhotelan aku main tawar-tawar harga pulak. Sementara Yoe mengisi borang, brader receptionist membawa aku melihat bilik. Biliknya memang cukup makanlah, bolehlah untuk tidur-tidur, ada TV jugak dan beraircond serta berkipas, pemandangan luar pun ok. Tapi selepas bayar dan masuk bilik, rupanya kami tidak diberi tuala, selimut dan selipar. Kami tidak terasa hendak komplen, mungkin sebab kami dah bersyukur dapat kurangkan harga hotel. Hihi.
Setelah siap membersihkan diri, kami keluar semula dari hotel, untuk..untuk apa lagi? Nasi Kandaq time!
hampa pi bawak tola dak?
ReplyDeletelawak la ayat ni
ReplyDelete"Bergilir-gilir mengambil gambar dengan patung penjajah"
Rizal - Bawak..aku warna merah, Yoe warna biru lusuh.
ReplyDeleteKaynisa - Hehehe..
best r baca pengembaraan hangpa. kami orang bworth. teringin nak p mengembara. tapi kalo pmpn mcam usah sket. huhu
ReplyDeletedu0 - thank you. maybe leh try mengembara dekat-dekat dulu ke..
ReplyDeletemenara jam wisma kastam lagi cantik.. huhu
ReplyDeleteby the way, buang je word verification tu.. blogger.com akan tapis spam.