Showing posts with label Hari ke-2. Show all posts
Showing posts with label Hari ke-2. Show all posts

Hari ke-2 (Part 1) - Dari Hantu Kak Limah ke Mami Jarum


20 Jun 2011

Dear diary,

Sesungguhnya aktiviti mengembara ini memerlukan disiplin dan ketahanan yang tinggi sepanjang masa. Ini termasuklah kegiatan bangun di waktu pagi. Atas kesedaran itu, dengan dibantu oleh dua penggera jam telefon, aku menggagahkan diri bangun pada pukul 6 pagi dan terus mandi, seterusnya menunaikan kewajipan yang telah disyarakkan ke atas setiap manusia di muka bumi ini. Cewah!

Just cut the crap.

Setelah bersiap dan berkemas, kami meninggalkan Tokyo Hotel pada jam 7.30 pagi dan terus menyusup masuk ke kesibukan bandar Ipoh. Hari ini hari Isnin, jadi ramailah warga Ipoh bersesak-sesak menuju ke tempat kerja. Manakala kami menikmati pagi Isnin dengan gembira sekali kerana tak payah pergi kerja. Haha.

Kami bersarapan di sebuah gerai tepi jalan. Makan lontong dan nasi lemak. Biasa-biasa sahaja rasanya.

Sungai Kinta

Kami singgah ke Pasar Besar Ipoh untuk meninjau-ninjau kegiatan jual beli di situ. Kemudian kami teruskan perjalanan ke padang Ipoh di mana kata Yoe, banyak meninggalkan kenangan muda remaja kepadanya salah satunya beliau pernah menang pertandingan hari kawad kebangsaan. Bayangkan Yoe kawad dengan jalan kangkangnya. Oh ye, dia juga pernah berlawan hoki mewakili sekolahnya STAR dan beliau bermain di posisi goal keeper. Tak sangka lak aku. Ingatkan dia hanya ada skill menipu je. Huahua..


Terdapat sekawan burung merpati makan pagi di situ sekaligus memberi perasaan (dan perasan) yang kami berada di London. Aku dengan berbekalkan kamera video menuju ke arah burung merpati tersebut konon-konon nak mengambil video dari jarak dekat. Tetapi bak kata pepatah jinak-jinak si burung merpati, burung itu berterbangan meninggalkan aku terpinga-pinga, dan yang bagusnya, tak kembali dah ke situ semula. Ini menimbulkan kebengangan Yoe yang ketika itu masih terkial-kial setting kamera pinjam, sekaligus membuatkan beliau tidak dapat mengambil gambar burung merpati. Bukan salah aku, burung merpati tu emosional sangat.

Kami pun meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan burung merpati merajuk itu ke arah Medan Kidd untuk meneruskan perjalanan. Sesampainya di sana, kami melihat-lihat jadual perlepasan bas dan mendapati, kami perlu menunggu lagi satu jam untuk bas ke Kuala Kangsar. Menganggurlah kami seketika. Ada apek datang nak mintak/pau rokok. Aku tak bagi sebab aku musafir. Patutnya kaulah bagi rokok kat aku. Bangang. (Maaf tengah menulis dalam bad mood. Sebenarnya keadaan ketika itu happy-happy sahaja.)


Naik sahaja bas, aku yang terbangun awal sangat tadi terus melelapkan mata cadangnya sebentar sahaja, tapi tengok-tengok, membawak sampai ke Kuala Kangsar.

Kuala Kangsar yang aku kenali hanyalah melalui nama sebuah sekolah iaitu Malay College Kuala Kangsar atau MCKK, sebuah sekolah ternama dan menjadi rebutan pelajar lepasan UPSR. Yang lain aku kurang familiar. Maaf atas kekurangan pengetahuan. Mungkin aku pernah datang sewaktu kecil dahulu, tak ingat. Tak apa, kali ini aku bina memori baru di Kuala kangsar dengan mengunjungi Menara Jam kami yang seterusnya, Menara Jam Kuala Kangsar!


Terletak kira-kira 400 meter stesen bas Kuala Kangsar, ianya terletak di tengah bulatan dikelilingi dengan monumen lain seperti replika jet pejuang, air pancut dan phone booth ala-ala London. Jamnya masih berfungsi.



Kami berjalan sedikit menuju ke tepian sungai Perak yang terletak berhampiran menara jam tersebut. Ambil gambar sedikit sebanyak dan kemudian kembali ke arah stesen bas di mana kami singgah di pasar untuk sekali lagi meninjau keriuhan pagi di Kuala Kangsar. Seterusnya, kami meneruskan pengembaraan dengan menaiki bas ke Taiping.

Oleh kerana ketibaan kami ke Taiping agak lewat daripada apa yang kami jangkakan, kami terpaksa mengorbankan Menara Jam Taiping dan terus menaiki bas ke Parit Buntar dengan harapan dapat menaiki bas ke Butterworth. Tapi kami agak tidak ralat dengan pengorbanan tersebut kerana di Perak sahaja kami sudah mengunjungi tiga menara jam. Tiga menara jam, dua pasar, cukuplah kot untuk satu negeri.


Tiba di Parit Buntar, macam biasa, kami ke hulu ke hilir mencari bas ke Butterworth pula. Rasa tidak sabar pula hendak bertukar negeri. Adakah iklimnya sama seperti di Perak?(Macamlah tak pernah pergi Pulau Pinang). Kami dapati kami perlu menggunakan bas yang terus ke Butterworth. Entahlah, kami tidak pasti sama ada itu bas ekspress atau tidak. Rupa bentuk macam bas biasa. Tak ikut highway PLUS. Tapi bentuk tiket macam bas ekspress. Jadi kami isytiharkan yang bas itu bukan bas ekspress. Yehaa. Terus kami ambil keputusan untuk mengambil bas tersebut, tetapi kami perlu menunggu sebentar. Sementara itu kami menghabiskan masa di stesen bas dengan mengumpat kenalan kami iaitu Fahmi yang juga anak jati Parit Buntar. Beliau lahir di Titi Serong. Kelakar kan?Lahir kat atas titi.

Kelihatan beberapa orang pelancong dari negara Fiji sedang melihat-lihat tempat kelahiran Fahmi iaitu titi serong.

Tiba sahaja bas, kami pun naiklah bas itu dengan senang hati. Bas meluncur laju ke arah utara mengikut kompas imajinasi aku. Bas air cond. Naik lemau badan aku. Tak natural life langsung. Tapi tidur mimpi jugaklah aku dalam bas tu. Perjalanan mengambil masa selama hampir dua jam.

Lebih kurang jam empat lebih, kami tiba di Butterworth, Pinang (sebab belum pulau lagi ;p). Aku yang tiba-tiba dikejutkan dari tidur, kelam kabut bangun dan berjalan terus 4-5 langkah, nasib baiklah aku sempat meraba-raba sekitar poket seluar dan beg, ritual yang menjadi tabiat aku setiap kali aku bangun dari sesuatu tempat untuk memeriksa kalau-kalau ada barang tertinggal, dan menyedari kamera video tiada dalam penguasaan aku. Lalu aku memusingkan badan dan seorang wanita yang berada di belakang aku menghulurkan kamera tersebut. Adakah angel yang kedua? Mungkin. Dalam bentuk wanita pertengahan 30-an dan beranak tiga.

Turun sahaja bas, kami terlebih dahulu bertanyakan bas terakhir ke Kuala Muda supaya kami dapat merangka masa yang boleh dihabiskan di Pulau Pinang. Pukul 9 adalah bas terakhir. Jadi kami ada beberapa jam lagi. Terus sahaja kami ke jeti feri Pulau Pinang yang terletak betul-betul bersebelahan stesen bas Butterworth. Tambang sebanyak RM1.20 dikenakan dan ini merupakan kali pertama untuk Yoe menggunakan perkhidmatan feri ini.

Suasana petang melatari pelayaran kami di atas feri. Syahdu dan asyik giteww. Selepas 15 minit, kami pun tiba di jeti Weld Quay dan terus kami melangkah mengikut gambaran peta menuju ke menara jam seterusnya, menara jam peringatan Victoria de Valdes (aku tambah-tambah part de Valdes tu).

Hari ke-2 (Part 2) - Kemaluan di menara jam dan luar tabii di kaunter hotel (dah macam tajuk berita kat Harian Metro dah aku rasa)

Berebut untuk keluaq dari feri nak pi Tanjung

Baru melangkah sedikit, kami sudah nampak kelibat sebuah menara jam. Gambar-gambar terus diambil, dan sidang video pun dilakukan. Yoe dengan rasa terujanya melaporkan melalui rakaman video menunjukkan kami sudah sampai di menara jam tersebut. Aku yang pada ketika itu sedang merakam, terlihat di skrin kamera, tulisan 'Wisma Kastam' di bawah menara jam tersebut (Yoe rabun, jadi dia tak nampak). Tapi aku teruskan merakam.

Selesai sahaja rakaman, aku menyatakan kemusykilan aku sebentar tadi. Kemudian kami rujuk semula peta dan mendapati kami tidak sampai pun lagi ke menara jam Victoria itu. Kantoi! Tersilap pulak. Malunya Yoe. Rupanya itu adalah Menara Jam Wisma Kastam. Tak mengapalah, ada extra menara jam yang tidak termasuk dalam senarai. Haha.


Jadi kami pun meneruskan perjalan di tepian kesesakan jalan raya Pulau Pinang. Mungkin time orang balik kerja kot. Sesudah perjalanan yang membasahkan baju dengan peluh, kami pun sampai di menara jam yang sebenar iaitu Menara Jam peringatan Victoria de Valdes (aku tambah-tambah part de Valdes tu). Menara jam yang dibina sempena peringatan pemerintahan Queen Victoria itu khabarnya juga condong. Aku tak perasan, dah balik baru aku dapat info.

Menara jam Wisma Kastam

Ni menara jam yang kami cari tu. Menara jam Victoria

A'ah la. Nampak condong. Ke kamera yang senget?

Kami pun teruskan perjalanan selepas berposing serba sedikit di hadapan Victoria itu menuju ke Padang Kota. Kami tidak begitu pasti lokasinya, hanya berpandukan peta. Kami tiba di sebuah medan selera dan agak tidak pasti adakah itu Padang Kota. Tapi oleh kerana kami sudah lapar sebab kami tak makan tengah hari pun lagi, jadi kami pun memesan Mee Rebus dan juga Mee Sotong berserta dengan ABC. Dalam makan-makan tu kami berbincang, ke mana arah tuju kami dan pukul berapa hendak berangkat ke jeti semula.

Setelah dibincang-bincang dan melihat sekeliling, kami seperti ada mutual understanding mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di sini kerana Pulau Pinang mempunyai banyak tempat untuk diteroka. Rugi rasanya hanya menghabiskan masa sebentar sahaja di situ. Oh lupa, Mee Rebus dan Mee Sotong diorang memang sedap! (apabila dirisik, tempat itu sebenarnya adalah Padang Kota Lama.)

Medan selera Padang Kota Lama

Mee rebus sotong Padang Kota

Setelah menikmati hidangan evening lunch, kami berjalan-jalan sekitar kawasan itu mengambil gambar bak pelancong asing yang tak pernah datang ke sini, tiba-tiba ternampak papan tanda bertulis Fort Cornwallis. Yoe pun terus masuk untuk melihat-lihat apa di dalam dan tiba-tiba keluar semula mengajak aku masuk. Rupa-rupanya terdapat monumen patung berbentuk tubuh manusia yang berdasarkan tubuh dan rupa Francis Light, si penjajah yang berjaya menjajah dengan tipu-helah. Sebelum ini sesampainya di Pulau Pinang aku sering memberitahu Yoe yang terdapat patung Francis Light terletak di sebuah bulatan di tengah bandar Georgetown tetapi aku lupa di mana. Rupa-rupanya patung tersebut sudah dipindahkan ke sini untuk tatapan umum. Sesungguhnya ini sangat membuatkan aku teruja.


Bergilir-gilir mengambil gambar dengan patung penjajah.


Fort Cornwallis ini ialah sebuah 'muzium outdoor', di mana pengunjung boleh mendapat pengetahuan bagaimana Pulau Pinang menjadi sebuah negeri lain di mana sebelum ini, ianya di bawah pemerintahan Kedah. Seperti aku katakan tadi, kesimpulannya berkisar kepada tipu-helah orang putih. Terdapat juga bangunan-bangunan lama, tembok-tembok pertahanan ala-ala A Famosa, meriam lama dan lain-lain.


Setelah lama berada di situ, kami didatangi amoi cantik Penang mali, memberitahu yang muzium ini akan ditutup sebentar lagi, iaitu pukul 7.30 petang. Lalu kami pun beredar keluar menuju ke tengah bandar untuk mencari hotel untuk bermalam.

Tiba di satu hotel, kami dapati hotel itu agak melebihi bajet RM50 kami, lalu ke hotel berhampiran iaitu Merlin Hotel, yang agak buruk sedikit dari hotel pertama. Harga yang diberitahu oleh brader receptionist ialah RM58, masih melebihi bajet kami. Tiba-tiba Yoe bersuara,"50 ringgit boleh?" Yoe cuba tawar harga pulak. Mengikut pengetahuan dan pengalaman aku, harga hotel adalah tetap dan tidak boleh ditawar. Aku hanya mampu facepalm.

Brader tersebut menjawab: "Ye la, boleh la RM50. Bagi IC, isi maklumat dalam buku log ni. Ambik kunci ni jom saya tunjuk bilik,"Sebelah kening aku terangkat, diikuti dengan tindakan pantas Yoe menghulurkan kad pengenalan sebelum brader tu berubah fikiran.

Tak pernah-pernah dalam sejarah perhotelan aku main tawar-tawar harga pulak. Sementara Yoe mengisi borang, brader receptionist membawa aku melihat bilik. Biliknya memang cukup makanlah, bolehlah untuk tidur-tidur, ada TV jugak dan beraircond serta berkipas, pemandangan luar pun ok. Tapi selepas bayar dan masuk bilik, rupanya kami tidak diberi tuala, selimut dan selipar. Kami tidak terasa hendak komplen, mungkin sebab kami dah bersyukur dapat kurangkan harga hotel. Hihi.

Setelah siap membersihkan diri, kami keluar semula dari hotel, untuk..untuk apa lagi? Nasi Kandaq time!

Hari ke-2 (Part 3) - Nasik Kandaq baekk punya


(Mode bahasa penang : on)

Kami usha peta, cadangnya nak cari Nasi Kandaq Beratoq kat Masjid Kapitan Keling, jalan punya jalan tak jumpak-jumpak gak. Lalu Little India la, Tokong Cina semua, tapi tak jumpak gak. Laih-laih (last-last), kena tanya gak la oghang. Tanya mamu soghang jaga kedai runcit, dia punya la baik, siap jalan bawak kami pi depan-depan nasi kandaq beghatoq nuh. Nin dia dah ada depan depan mata nasi kandaq beghatoq. Tapi tak bukak lagi. Pukoi 10 malam baghu bukak. Tu dia aih lammaa lagi. Perut kami dah menyanyi lagu boria dah. Laih-laih mamu tu pun bagitaw,

"Ni bukan nak kata apa la kan. Dari hangpa makan sini baik hangpa try nasi kandaq tajuddin nu. Nomboq satu Penang kalau hangpa nak tau. Kalah Line Clear ka, beghatoq ka, apa lancau lagi." ("Ha bak singgit..mencarut," kata aku dalam hati)

Nasi Kandar Beratur

Habih bincang guna akai letak kat perut, kami pun amik keputusan, makan ja teghuih kat Tajuddin. Aku dan Yoe order ayam ros, kambing cincang, kentang, dengan nasi briyani. Gila aih sedap nak mampoih! Po'en btui, awat sedap sangat ni!


Hoi mamak-mamak kat KL. Belajar buat nasi kandar macam ni boleh?

Ayam ros dia memang lembut, rempah ratuih semua rasa. Kambing cincang dia ni nak ceghita kat hangpa semua, macam ni..(two thumbs up) dia punya rasa. Tak berminyak langsung. Lepas basuh tangan tak yah nak pi cari tisu nak usaha keluaqkan minyak berlemoih kat tangan. Nasik dia pun sedap lain macam. Na'hareemm aku yang tengah menaip ni pun rasa lapaq meleleh ayaq lioq!!Loqlaq abihhh!!(Sori excited plak dah lama tak cakap utara)

(Mode bahasa penang : off)

Selesai bersyurga, kami keluar meneroka lagi bandar George Town. Kami tinjau semula keadaan di Nasi Kandar Beratur. Orang ramai sudah mula beratur, dan kami sangkakan kedai tersebut sudah buka. Rupanya tak buka lagi. Wah, patutlah nama Nasi Kandar Beratur. Aku berjanji akan datang ke sini untuk mencuba nasi kandar tersebut jika aku kembali semula ke Georgetown.

Selamat tinggal 'nasi kandar' mamak-mamak di KL. Wekk!

Nasi Kandar Beratur time tak buka lagi.
Aku syak kedai ni jual iPad2 jugak kot.


Bandar Georgetown sememangnya dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama era kolonial dan pekan cina lama, seperti juga Ipoh. Aku merasa seperti hidup di zaman 50-an sepanjang berjalan di sini dan bersyukur sangat apabila Georgetown diisytiharkan oleh UNESCO sebagai warisan dunia yang perlu dipelihara. Yey!


Setelah penat berjalan, kami mencuba menaiki beca (wtf is lancha?!) setelah di panggil oleh seorang pengayuh beca berbangsa Tionghua. Sebenarnya kami tengah sesat nak carik jalan balik, malas nak jalan kaki lagi untuk terus sesat, kami pun meminta untuk dihantar terus ke hotel dengan menaiki beca. Agak gayat juga ye tuan puan menaiki beca ini. Apatah lagi dengan cara rempitan apek tua ini, memang agak saspen jugaklah. Kalau terlanggar kereta ke apa ke, memang kami yang kena dulu! Agak gigih juga apek tua ni mengayuh, timbul rasa kesian pulak melihat dia terpaksa mengayuh, lebih-lebih lagi dengan kapasiti Yoe di atas beca.

Apek belakang tu memang saja buat aksi malu-malu.
Dia bukan seorang pemalu pun.

Tapi setelah 10 minit, kami seperti was-was, adakah kami mintak untuk pusing-pusing Georgetown, yang berharga RM30 atau bawak terus ke hotel dengan bayaran RM10, ketika tawar menawar tadi. Sebab kami seperti dibawa lagi jauh dari jalan sebenar. Setelah 15 minit, akhirnya kami sampai di hadapan hotel dan membayar RM10 seperti yang dijanjikan. Aku rasa memang dia kena ikut laluan yang dibenarkan untuk beca kot, sebab tu ikut jalan jauh. Entahlah.

Aku menaiki hotel seorang diri kerana Yoe masih belum puas bermain dengan kamera. Aku yang keletihan hanya mahu tidur sahaja di dalam bilik. Tetapi, dengan berseorangan di bilik yang berdesignkan era kolonial, agak menyeramkan juga. Jadi tak dapatlah aku tidur terus melainkan menonton TV cerita Laksamana Do Re Mi. Menonton cerita P Ramlee, di negeri kelahirannya sendiri, memang layan.

Tiba sahaja babak P Ramlee karate kepala orang jahat sampai terkeluar biji mata, lantas mata aku pun dengan sendirinya tertutup dan tertidur..

Selamat malam Georgetown..