23 Jun 2011
Pagi-pagi buta Dihar dah buat bising. Aku buka kelopak mata, beliau sudah siap mandi apa semua. Nak kata masuk pejabat, kerja sendiri. Ada mesyuarat UMNO cawangan katanya. Tapi sempatlah nak bawa kami pusing Kota Bharu sekali lagi. Ada tempat yang tak sempat nak khatam semalam gamaknya.
Aku bangun dari katil, capai tuala, melangkah malas ke bilik air. Melalui dapur, mata aku liar memerhati sekitar. Bimbang kalau-kalau biawak yang di ceritakan Dihar semalam masih lepak di situ. Kalau cicak tokek, boleh juga jual. Ni kalau biawak komodo? Cari nahas jawabnya.
Sepagi di Kota Bharu
Kami keluar pagi itu menuju ke Pasar Siti Khadijah. Macam biasalah, kami akan ke pasar pada waktu pagi untuk melihat kegiatan ekonomi sesuatu kawasan itu. Sampai di sana, seperti yang diceritakan, urusan jual beli didominasi golongan hawa. Aku tak pasti pula kenapa keadaan begini berlaku di sini. Tapi memang agak unik. Sayur, ikan, ayam, pendek kata dari barang basah membawalah kepada barang kering seperti budu, serunding dan sebagainya banyak dijual di sini. Dah namanya pun pasar.
Warna-warni di Pasar Siti Khadijah
Selepas ambil gambar tiga empat 'round' lagak ala-ala 'journalist' kami bergerak ke Wakaf Siku untuk sarapan. Dihar bawa kami ke sebuah warung kecil di situ. Makanan pagi terdiri dari nasi lemak dan nasi berlauk gulai daging atau ikan yang telah siap di bungkus. Mejanya terhad. Kebanyakkan hanya makan di atas meja keliling gerai tersebut, gaya meja bar zaman koboi dulu. Memang klasik.
Sini la kawe tigo ore minum pagi
Macam biasa, apa guna jadi tuan rumah kalau tak belanja kawan-kawan makan, ye tak? Tambahan pula kawan-kawan tengah bermusafir. Terima kasih daun keladi Dihar. Kalau ikutkan, dia nak kami lepak di Kota Bharu sampai tengahari. Lepas tu baru sambung perjalanan ke Terengganu. Tapi kalau layan dia ni, memang tak pusing semenanjung la kami. Banyak mengarut dia ni.
Kami di hantar ke stesen bas Kota Bharu. Bas City Liner ke Jertih bergerak jam 10:45 pagi. Dengan tambang RM6.00, dalam sejam setengah juga nak sampai di Jertih, melalui Pasir Putih.
gerai kuning tu blakang opis ai...airnya sedap berlemak berkrim kan.
ReplyDeleteNunc Pro Tunc - oh ye ke. tak bagitau awal-awal. kalau tak, boleh gak singgah singgah opis kamu.hehe..
ReplyDeleteowh,opis u kedai borong tu ker...???
ReplyDeletebtw,aku kena g kursus sebenarnya ari tu,bukan mesyuarat saja...huhu
~misi melambatkan mereka tidak berjaya...ceh ;p