Hari Ke-8 (Part 2) : Garisan Penamat

Awan mendung menyelubungi Kuala Lumpur menyambut ketibaan kami. Hutan batu yang menjadi tempat segala jenis manusia tumpang teduh mencari rezeki demi 'survival' kehidupan masing-masing. Halal dan haram bercampur-baur dalam arus nadi kota ini.Peh, berpuitis pula aku petang-petang hari ni!

Sedar tak sedar lengkap juga perjalanan kami selama seminggu ini menjelajah setiap negeri di semenanjung. Aku dan Adib hanya diam sepanjang perjalanan menuju destinasi terakhir, Pasar Seni. Entah apa yang Adib fikirkan, aku tidak tahu. Kami sekadar memerhati bangunan pencakar dan penggaru langit yang bertaburan sekitar kota ini.

Sejujurnya, pada hari pertama permusafiran aku agak sangsi kami dapat menamatkan perjalanan seperti yang dirancang dalam masa seminggu. Aku fikir mungkin paling jauh kami akan sampai ke Kuantan pada hari Sabtu(semalam), lepas tu ambil bas ekspress pulang ke KL. Tapi Alhamdulilah berjaya juga kami tamatkan kembara pada hari ini. Walaupun terlewat sehari.

Memang aku akui, kami tidak jelajah semenanjung sepenuhnya. Tapi sekurang-kurangnya kami sempat singgah dikesemua negeri di semenanjung ni. Kami potong dari Pekan terus ke Segamat, Muar naik balik ke Melaka dan seterusnya balik ke Kuala Lumpur. Pada awalnya, mengikut perancangan kami akan meneruskan perjalanan dari Pekan turun ke Rompin, Kota Tinggi dan ke Johor Bharu. Lepas tu naik ke Kulai, Batu Pahat, Muar dan terus ke atas. Tapi dengan masa yang terhad, kami memutuskan untuk melalui bahagian utara Johor sahaja. Kami perlukan tambahan masa barangkali dalam dua tiga hari lagi jika ingin turun sampai ke Johor Bharu.

Senang ceritalah, seminggu tak cukup nak pusing Malaya ni dengan bas tambang. Ni pun ada beberapa kali kami mengelat. Nak betul-betul sedap mungkin kena ambil masa dua minggu. Baru tak 'rush' sangat, boleh jelajah satu-satu tempat tu dengan lebih lama. Kalau naik kereta, mungkin cukup seminggu. Yelah, naik kereta sendiri boleh gerak ikut suka hati. Guna bas ni, kena tunggu bas, ada orang naik turun, kena tukar jalan. Tu belum kira bas yang rosak. Macam-macam hal.

Dalam pukul empat petang kami tiba di Pasar Seni. Dalam bahasa inggeris namanya Central Market. Kenapa tak dinamakan Art Market? Dari situ kami menapak ke Dataran Merdeka, berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Tempat kami memulakan kembara kira-kira lapan hari yang lalu.

---------------------------------------

26 Jun 2011

Kami berdiri puas di hadapan menara jam Bangunan Sultan Abdul Samad. Terdapat khemah-khemah di Dataran Merdeka seperti ada acara pada sebelah pagi tadi. Dengar cerita ada marathon anjuran Standard Chartered. Lepas ni aku nak cadangkan anjurkan marathon keliling Malaya pula.

Sedikit waktu dulu, cerita ini hanya menjadi bualan kosong kami di kedai mamak. Menjadi bahan jenaka dan angan-angan kabur. Barangkali jika kami tidak mulakan langkah, ia terus menjadi lawak jenaka seterusnya hangat-hangat tahi ayam dan senyap begitu sahaja. Tapi kami 'gamble' melakukannya. Dengan perancangan minit-minit terakhir, peta pun malam nak gerak tu baru aku kelam kabut beli, belajar guna kamera pun masa dalam bas je, kompas tak bawa, huru-hara bersepah sini sana, tapi kami mampu juga melakukannya.

Untuk permulaan, aku sangat berpuas hati. Ya, puas hati. Tahniah untuk diri aku sendiri. (Tumbuk dada sambil berkata "You're the man!" di dalam hati)

Rintik-rintik hujan mulai turun membasahi bumi Kuala Lumpur. Kami berlari-lari anak kembali ke Pasar Seni. Lari lagi! Ingat dah sampai KL tak payah nak lari-lari dah. Mujur kami dah biasa berlari-larian seminggu ni. Apadahal?

Keesokkan harinya aku mendapat berita Adib demam dan hanya terbaring seharian di atas katil. Aku pula MC. Lenguh-lenguh badan.

6 comments:

  1. "Aku dan Adib hanya diam sepanjang perjalanan menuju destinasi terakhir, Pasar Seni. Entah apa yang Adib fikirkan, aku tidak tahu."

    Aku tidur time tu. Sebab tu diam.

    Menitis air mata aku baca yang last ni. Huk huk..

    ReplyDelete
  2. bravo hero malaya 2 org nie

    ReplyDelete
  3. dan aku pun berjaya baca semua catatan korang.. =)

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH!!!

    Cuma satu yg abg agak ''terkilan''.
    Tajuk Blog ni ada kaitan yang kuat dengan BAS tapi gambar setiap BAS yang korang naik, tak begitu difokuskan.
    Itu aje teguran abg, sebab abg sendiri pernah berangan nak buat Perjalanan yang macam korang buat ni...(lama sebelum jumpa Blog ni) tapi belum tahu bila.

    P/s : kalau ada gambar BAS-BAS yang krang dah snap, tapi tak upload, sudikanlah update entry-entry yang lepas dengan BAS yang berkaitan.
    Sebab apa tau?
    Ada beberapa Syarikat Bas yang korang naik aritu dah menamatkan perkhidmatan sekarang ni... Korang ada terlibat dengan sebahagian Sejarah di saat akhir perkhidmatan BAS itu.

    ReplyDelete