Setahun sudah berlalu


Hari ini merupakan hari jadi Aung San Suu Kyi, pejuang demokrasi dari Myanmar dan juga pemenang Hadiah Nobel. Hari ini adalah hari lahir Salman Rushdie, penulis buku kontroversi, Satanic Verses. Hari ini juga adalah hari lahir Radovan Karadzic, kepala Serb yang kejam. Tidak dilupakan, hari ini adalah hari lahir Paula Abdul, penyanyi dan juga bekas pengkritik untuk rancangan American Idol. Akhir sekali, hari ini adalah hari jadi aku, Adib Shahreen, seorang manusia biasa. Kahkah.

Paling agong sekali dalam dunia pensejarahan dunia, hari ini merupakan ulang tahun pertama pengembaraan kami mengelilingi semenanjung Malaysia dengan menggunakan bas tambang. Tarikh ini, pada tahun lepas, kami telah memulakan langkahan pertama dari Dataran Merdeka menuju ke Rawang, Tanjung Malim seterusnya beberapa tempat lagi dan bermalam di Ipoh, Perak. Pada tarikh ini, aku, dan mungkin juga Yoe, tidak tahu menahu langsung tentang apa yang bakal dihadapi kami di dalam perjalanan bersejarah ini. Berbekalkan peta Malaysia, pakaian dan sedikit wang, kami memperjudikan nasib dan nyawa(dramatik) semata-mata untuk mengaut pengalaman dan pengetahuan, ibarat Ferdinand Magellan dengan kapalnya,Thomas Stevens dengan basikalnya, Datuk Azhar Mansor dengan kapal layarnya, manakala kami, dengan bas tambang. Siapa sangka, kami dapat juga menghabiskan pengembaraan ini dalam masa yang ditetapkan.

Setahun, sudah berlalu, pelbagai perubahan telah berlaku. Jika dulu Yoe masih bujang, sekarang beliau telah pun berkahwin. Tidak lagi mengembara, beliau sibuk mengembara di alam perkahwinan. Katanya, ia lagi nikmat dari henjutan bas tambang yang buruk saat melanggar lubang jalan. Aku pula, tiada banyak perubahan dari segi fizikal. Cuma kesan dari pengembaraan tersebut, aku semakin berani menghadapi cabaran dan berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Mungkin ianya hanya perubahan kecil, tetapi perubahan tetap perubahan.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi membaca. Terutama kepada saudara Rizal yang masih lagi membaca catatan ini berulang kali walaupun sudah setahun. (Cadangan anda akan dipertimbangkan)

Sampai kita mengembara lagi! Assalamualaikum.

4 comments:

  1. kah kah kah..anniversary woih! Jom celeberet kat dataran mlm nnti. Kite kumpul drebar2 bas tambang semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun baru...semangat baru...seronok baca blog nie...meh la kita cetak buku...bole baca dgn feel

      Delete
  2. wah... pejam celik.. kejap je dah setahun... mr.yoe, elok gak tuh kalau korang kumpulkan drebar2 tu semua, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun baru...semangat baru...seronok baca blog nie...meh la kita cetak buku...bole baca dgn feel

      Delete